Indahnya dia susah dirangka
Kisahnya dia susah dijangka
Semua tentang dia cinta belaka
Dia datang lengkap
Untuk tidak biar aku terus tekap
Kerana sakit aku dulu kerap
Hadir dia tak pernah sesak
Walau sedang hadap kerak
Dia pembuat tawa serak
Ya.
Kasih aku berjaya tumpah
Untuk dia yang tiada lelah
0046 | 11feb18 | Muar
No comments:
Post a Comment