Wednesday 27 November 2019

Mabuk Kebelakang III

Indahnya dia sudah dijangka
Kisahnya dia pantang seka
Semua tentang dia manis belaka.

Dia datang lengkap
Untuk biar aku kenal lagi kelat
Kerana sakit sekarang juga hebat

Hadir dia itu senang
Walau sedang berang
Dia mengundang tenang

Ya,
Kasih aku berjaya tumpah
tapi malang,
itu mimpi resah

1203 | 090719 | JPT
Di perbaringan,
aku lakar harapan
di ruang angin
Tapi satu ruang tidak terisi
yang dahulu terapung megah
bersekali dengan mama ayah

Engkau!

Tuesday 26 November 2019

S

Perasaan ini usah dipaksa
Terus paksa, kelak lara
Mahu atau tidak
Dia harus tahu erti dan berhenti

Memang
Sakit.

Tapi aku sendiri tidak mahu perit
Terima yang tiada
Berlakon layar seperti ada

Sedang dia
Lipat gandanya luka di dada.

1425 | 080519 | JPT