Saturday 27 September 2014

kegelapan | kehujanan | ketiduran

awan gelap yg kian merapat membuat aku dikelilingi sang kegelapan
ku simpulkan untuk TIDUR..!!!!

-hujan-

KUAT !

Kejadian hitam...Hebat penangannya.
Mampu membuat kita khayal melayan khayalan yang tiada usai,
Cukup hebat membuatkan kita terbuai dan lena dek calit-calit hitam yang membekas.

Sememangnya sukar untuk kita lupakan.
Khususnya mereka yang pertama kali menempuhnya.
Kesannya memberi impak yang cukup berdarah dan mendalam.

Namun,
Terselit hikmah di sebalik keserabutan yang melanda,
Terdapat kelebihan dalam setiap kekurangan...

Kanvas tidak lengkap tanpa tumpahan warna-warna air,
Malam tidak cukup indah tanpa kehadiran cahaya bulan,
Siang tidak cukup terang tanpa sinar matahari,
dan sesungguhnya,
Hidup tidak sempurna coraknya tanpa ada turun naiknya..

Tanpa kita sedar,yang dululah telah melahirkan kita yang sekarang..
Matang,
Berfikiran terbuka,
Sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu,

Yang lepas biarkan pergi,
Tidak bermaksud harus dilupakan,
Tetapi cukup sekadar dijadikan ikhtibar,
Tidak juga perlu untuk terus direnungi,
Takut nanti memakan diri..


KUAT wahai sepupu..

-laurashera-
upsi | kab | 1435 | 27sept

Hashtag TakeNote

Kita hidup di dunia ini bukan untuk mencari mereka yang sempurna..
Tetapi kita hidup di dunia ini untuk menyayangi dan mencintai mereka yg tidak sempurna dengan sempurna..
Sesungguhnya tiada manusia yg sempurna di dunia ini..

upsi | 27sept | 0110 | kab

Sunday 21 September 2014

'BOGEL MENUJU TUHAN'
hasil nukilan seorang lelaki yg mampu berfikir luar kotak,
seorang insan yang matang,
pemikiran jauh terbang melayang bebas di ruang angkasa,
dan,
seorang hamba Allah..

ZAHIRIL ADZIM..
DAIM..

'Jaga buku ni baik-baik'..

Kata-kata yang sesedap hati menerawang masuk
ke dalam telinga setiap kali sentuh,selak dan belek buku ini..

Di sini mulanya,
Di sini titik tolaknya.
Di sini pemangkinnya,
Di sini pendorongnya,

Untuk aku memecahkan tempurung kepala
bagi mengorek situasi ganjil,gila,benar,rigit,salah,betul

dan

kenyataan yang sememangnya telah ditelanjangkan oleh minda yang dibogelkan..


-laurashera-
jam1651 | ahad | 21hb | kab

juga makhluk tuhan

Keikhlasan..
Kemuliaan..
Kemurnian..
Keluhuran..
Kesucian..
Dan segala adjektif-adjektif positif yg wujud di dalam dasar 'makhluk-makhluk' kecil dan comel
yg nasibnya diperjudikan oleh manusia-manusia kejam..

Hanya kerana kasih,
tersesat tujuan hidup.
Tergelincir drpd landasan-NYA..
sehingga memuntahkan insan tidak berdosa itu kedunia
dan memperlakukannya tidak ubah seperti boneka yang tiada
rasa,jiwa,hati,sakit,perih,sengsara..

Terus didamparkan di lembah hina.

Tidakkah kau sedar bahawa ini semua sementara sahaja?
Tidakkah kau sedar bahawa kita hidup di muka bumi ini ibarat patung wayang kulit yg diaturkan oleh 'tuannya'..?
Tinggal menghitung hari sahaja..
Tidak wujudkah rasa sayang dalam diri kau terhadap mereka?

sehingga sanggup kau campakkan mereka di atas batu di tengah-tengah air yg mngalir deras .
hanyutlah dia .

di dalam tong sampah tempat kau mencampakkan sampah kau .
busuklah dia .

di dalam parit tempat air tahi kau mengalir.
hanyirlah dia .

di situ kah selayaknya mereka ditempatkan..??
DI SITU ????

kau memang tidak mengenal erti kasih,cinta..

'anak haram'
'anak luar nikah'

Segala macam lagi lah..

sadis..
dasyat..
hiba...
sedih..
terkilan..
kecewa..

perasaan yang hanya boleh diluahkan dihujung tinta sahaja

Dia mintakah utk lahir ke dunia dlm keadaan sebegitu rupa..?
Sanggupkah dia untuk menghadapi orde baru dunia yg begitu malap baginya..?
Sanggupkah dia untuk menghadapi segala cacian,makian,herdikan yg maha dasyat..?
Dia dianggap cukup hina dan jijik disebabkan kesilapan insan lain..
Dia dihukum hanya kerana kesilapan dan keterlanjuran pasangan yang telah menyambahkan benih itu..

Tidak sengaja mahu pun sengaja..

Dia terpaksa menelan daging-daging kotor,hanyir,busuk yg dimuntahkan,diludah,dibaling iaitu FITNAH..

Sanggupkah mereka Ya Allah..?
Sanggupkah mereka meneruskan pengembaraan mereka di bumi mu ini Ya Allah..?
Tiadakah ruang kebahagiaan buat mereka..?
Tiadakah cahaya kegembiraan untuk mereka..?
Tiadakah lubang-lubang sanjungan bagi mereka..?
Tiadakah lorong-lorong kemuliaan untuk mereka Ya Allah..

Aku percaya kau engkau sentiasa bersama mereka..
Kau berilah mereka kekuatan untuk kembali mengukir senyuman yg tidak pernah dikreatifkan..

Makhluk kecil itu juga makhluk tuhan..


-laurashahirah-
ahad | jam1630 | kab

Tanjung Malim


One of my experience...pasar malam Tg.Malim yg ckup berbeza dgn pasar malam di Johor.
kt sini juga tempat aku berdiri bak tiang bendera for about 1 hour
-PENGALAMAN-


-laurashahirah-
upsi | kab | 20hb | sabtu | jam1925

Saturday 20 September 2014

Tandus sudah idea

pensel masih lagi dipeluk erat,
minda masih lagi berputar menggali idea,
Namun..
tiada guna..

Aku keluar..
cuba untuk bercumbu dengan kehijauan alam,
bagi meresap segala kedinginan dan kehangatan..

juga..
tiada guna..

Tertekan..

konkrit itu umpama menyeru namaku,
hentakan di kepala sungguh kuat terasa,
cecair merah mula menunjukkan wajah,
mengalir dgn santun dari dahi,
perlahan lahan mengamati setiap inci wajahku,
dan terus laju ke leher,
mutiara jernih turut mengikut jejak yg sama tanpa sugan.
merah bergaul dengan jernih,
menahan sakit yg amat..

sesaat..

terasa sesuatu tersekat di ruang hidung,
tiada satu benda pun yg mampu untuk menerobos masuk,
mulut seolah-olah terkatup rapat,
tidak boleh dibuka luas
bagi menggarap zarah zarah udara..

langsung tidak mahu berkompromi..

tidak mampu bernafas,
hanya mampu menyuarakan kalimah suci
yg juga hanya dimainkan di dalam hati..

Akhirnya..

Pergi...
dibiarkan idea itu lenyap di telan udara

Seksanya..
seksanya nak dapat idea..!!!

-lauashera-
upsi | kab | jam1300 | sabtu
Manusia masih melakukan kesalahan dan kejahatan walaupun sudah mempunyai agama..
Bagaimana pula jika tiada agama..??

pembaharuan

Saat kau cuba untuk meneruskan langkah
kau tidak sedar kau telah memutuskan satu nadi usahaku.
Saat kau cuba untuk berusaha,
kau telah mencacatkan langkahku.
Saat kau sedang cuba meneroka orde baru dunia,
kau telah membutakan penglihatanku.

Tanpa sedar,
aku menjadi bukan diriku.

Begitukah kehidupan kau?
Beginikah putaran hidup kau sahabat?
S A H A B A T
Layakkah kita terlihat sebagai sahabat?
Tiada sedikit pun keyakinan yg tumbuh dalam diri tentang itu..

Masa depan aku memanggil,
kehidupan aku menyeru untuk terus bangkit dan berlari mngejar kejayaan,
lupakan segala masalah,keadaan mahupun situasi yg diibaratkan seperti
sampah,hama,kotoran yg perlu dihapuskan..

Teruskan hidup,Laura..
Usung segala harapan keluaga ke mana jua kau pergi,
bukan sebagai beban,
tetapi sebagai penyuluh hidup,
penyuluh hidup yg boleh membuatkan kau mampu untuk menyuluhkan sinar ilmu seterang-terangnya kepada umat manusia kelak..

AMIN..

-laurashera-
upsi | kab | ahad | 2.13am

I WANT TO KNOW

Do you sometimes write about me in your journal?
If I call you when you're busy,
Do you still feel happy to hear my voice?

Who do you think about when the moon shines bright?
What do you dream about when you fall asleep?
Have you ever woken up in the night and cried?

How much do you think about me in a day?
Do you really like me?
Do you still think I'm cute when I talk a lot?

If I call you when you're busy,
Do you still feel happy to hear my voice?
Do you remember my face first when you wake up?
Is it like that?
Do you know all of this is about you?

Do you think I'm pretty?
Do you really love me?
I really want to know..
Tell me...

-BEN-
(ImmortalSong)