Sunday, 16 October 2016

16oktober16

Hye!

Start kelmarin da mula busy dengan training netball. Penat. Sangat penat.

Dengan assignment tak bergerak. Makroteaching bagai. 
Tapi memang kena busykan diri terus dan terus. 
Biar boleh lupa terussssss.

And guys. Sorry. 'Laura' masih hilang. Jumpa pun sikit. Kot.

Saturday, 8 October 2016

Hijau dibalik konkrit

Ingin aku mendaki puncak hijau itu
Bagi membiar angin dingin mencabuli badan
Kalau perlu biar mengusung sekali jasad kaku
Biar aku pergi dari sesak yang tidak begitu tampan.

1815 | 8oktober16

Friday, 7 October 2016

Lusa

Dulu,
Kurus tinggi berilmu
Bernyawa

Sekarang,
Masih kurus berilmu
Tapi hidup serupa mati.

Hari selepas esok,
kita sebulan
Kau dia
Aku aku

1845 | 7oktober16

Thursday, 6 October 2016

Salam takziah

Allah.

Dugaan kau bagi ini aku tahu akan ada hikmahnya nanti. Lepas satu, satu benda jadi antara kami berlima. Mungkin melalui dugaan ini kau cuba membuktikan tahap persahabatan kami.

Kadang-kadang tu terfikir, betullah kan orang kata,
'Jangan happy sangat, nanti menangis tak sudah'

Allah.

Berhari-hari aku menangis. Macam-macam rasa. Macam-macam masalah. Selisih faham antara kami. Kena tinggal orang tersayang tanpa tahu salah sendiri. And now....

Takpa. Allah tahu segalanya. Aku terima. Kau sebaik-baik perancang.

Takut dah nak ketawa happy-happy, sebab takut tersungkur menangis lagi. Alfatihah.


Wednesday, 5 October 2016

Jam0347

Cacamarba ini aku yakin ada pelanginya
Jatuh hari ini pasti ada bangkitnya esok
Walau bangkit bagai seorang cacat segala
Akan bangkit pulih

Semalam itu tinggal angan
Fikir sudah langsung lupa
Sudah tegak berdiri
Padahal masih bongkok ke kiri

Pagi buta itu mengimbas kembali semua
Tersedar lena susah tidur
Hanyut layanan rasa
Tertetas kembali luka kendur

Allah! Kau ada
Keluarga! Kamu ada
Sahabat! Kalian wujud
Aku! Akan kembali

0657 | 5oktober16

Tuesday, 4 October 2016

Lama tak bersuara

Assalamualaikum
Hye !

Seronok rupanya bangun pagi-pagi menulis, menaip, mengilham. Sebabnya sy ialah seorang Laura yg sgt susah bangun pagi. But then, something jadi pada sy n hati ni push untuk bangun pagi. Konon ambil feel dok tepi tingkap, rasa angin pagi, tenung bukit bukau dari tingkat 4 Tmn Bahtera ni, play lagu-lagu indie sambil buat puisi. 

Ya! It's something fun to do actually. 

Rasa tenang je. Blom lg lepak dkt atas tebing kolej pukul 7 pagi. 

Wow! 

Dia punya nikmat tu, Allah je la tahu. Hikss. Feeling lebih. But, u guys should try. Lagi-lagi students yg tido lewat mlm tu. Bangun tido time matahari da terpacak atas kepala. Apa kata one day tu, bangun awal. Hirup udara pagi with a cup of milo maybe. Bukan apa. Nak kan ketenangan ja sekarang ni. And this is one of the ways la. 

Btw, my next puisi will be update soon! =)