Wednesday 1 August 2018

123

Kisah dahulu kian hanyut
Buat kisah hitam, pergilah
Buat pelangi petang, lekatlah
Pada saat sekarang
Aku kembali tandus dalam ilmu
Kerana ruang eskapisma itu tidak lagi aku temu.

0941 | 2ogos18 | JPT

Thursday 26 July 2018

Khairul Jauhari

Ujian datangnya sendiri
Ujar kau untuk menyendiri
Paut kau untuk tidak berdiri
Sehingga kau pilih langkah kiri

Satu sisi,

Ujian datangnya sendiri
Menjadikan kau lebih lelaki
Yang bermati mati
Untuk dapat kucupan syurga di pipi

Maka, pilih.

Kau tidak sendiri
Kerna kau punya Ilahi
Kau tidak sendiri
Kerna kau masih berdiri
Kau tidak sendiri
Kerna kau jaguh di banyak hati

1110 | 3jun18 | TgMalim

*cepat sembuh!

Mabuk ke belakang

Sekarang mungkin gayang
Tapi sudah kurang
Kerana ada kumbang
Beri surat cinta layang

1505 | 20apr18 | Muar

Wednesday 25 July 2018

Mabuk ke belakang II

Indahnya dia susah dirangka
Kisahnya dia susah dijangka
Semua tentang dia cinta belaka

Dia datang lengkap
Untuk tidak biar aku terus tekap
Kerana sakit aku dulu kerap

Hadir dia tak pernah sesak
Walau sedang hadap kerak
Dia pembuat tawa serak

Ya.
Kasih aku berjaya tumpah
Untuk dia yang tiada lelah

0046 | 11feb18 | Muar

Aku rindu petak hijau

Masih ingat

Petak kapur di tanah
Batu terbaling jatuh ke bumi
Gelak tawa terhambur bebas
Tidak kira terik hari

Tikus berlari membulat padi
Kuning hijau membuah hasil
Canda tidak lupa kita berlari
Diteman si lidi tidak terbedil

Harukan rindu tidak terkawal
Menikam kalbu yang makin dalam
Tempat mana lahirnya kawan
Di desa jelapang indah halaman

Aku tercampak di hiruk kota
Mendaki selangit tinggi
Tunggu aku jejak desa
Agar bisa aku peluk kanan kiri

Kedah, aku rindu

1014 | 26jan17 | TgMalim

*Biasanya aku akan karang puisi yang sedikit narsis dan hanya berkaitan tentang aku semata. Tapi ini, satu-satunya karya yang tiada usul aku dalamnya. Jadi, kalau rasa macam tak dapat feel bila baca tu, faham-faham lah.