Sunday 1 November 2015

Lebih baik diam.

Benar.
Mulut manusia gigih macamana pun hendak ditutup,
tak kan boleh !

Kau lekat guna pelekat, kau yang penat.
Kau nasihat, kau yang kelak kelat.
Kau kasar, dikatanya kepala besar.

Lebih baik, diam.

Pusing-pusing, diam juga yang dipilih.
Tak ada penyelasaian yang dibentang.
Tak ada pelita mahupun api yang mahu terangkan.

Bertingkat-tingkat kalam ayat dihambur,
Berbakul-bakul bibir yang satu dicimuskan.
Namun,
Mulut itu juga yang bercakap.
Mulut itu juga yang terkuak bercerpen tengah malam.

Apa mulut itu sudah tidak pandai untuk dikunci
atau
Itu sifat abadi kau ?

Lebih baik diam.

Tidak bercerita,
tidak berkongsi.

Biar dikatakan pelik.
Biar dituduhnya sinis.
Biar tubuh dibelakangkan.

Lebih baik, diam.

Asal tidak aib tergadai.

* Kita tak kan nampak kesalahan diri sendiri kalau kita sibuk mencari kesalahan orang lain untuk mengaburi kesalahan kita

kab | 2230 | 1nov15