Kemuliaan..
Kemurnian..
Keluhuran..
Kesucian..
Dan segala adjektif-adjektif positif yg wujud di dalam dasar 'makhluk-makhluk' kecil dan comel
yg nasibnya diperjudikan oleh manusia-manusia kejam..
Hanya kerana kasih,
tersesat tujuan hidup.
Tergelincir drpd landasan-NYA..
sehingga memuntahkan insan tidak berdosa itu kedunia
dan memperlakukannya tidak ubah seperti boneka yang tiada
rasa,jiwa,hati,sakit,perih,sengsara..
Terus didamparkan di lembah hina.
Tidakkah kau sedar bahawa ini semua sementara sahaja?
Tidakkah kau sedar bahawa kita hidup di muka bumi ini ibarat patung wayang kulit yg diaturkan oleh 'tuannya'..?
Tinggal menghitung hari sahaja..
Tidak wujudkah rasa sayang dalam diri kau terhadap mereka?
sehingga sanggup kau campakkan mereka di atas batu di tengah-tengah air yg mngalir deras .
hanyutlah dia .
di dalam tong sampah tempat kau mencampakkan sampah kau .
busuklah dia .
di dalam parit tempat air tahi kau mengalir.
hanyirlah dia .
di situ kah selayaknya mereka ditempatkan..??
DI SITU ????
kau memang tidak mengenal erti kasih,cinta..
'anak haram'
'anak luar nikah'
Segala macam lagi lah..
sadis..
dasyat..
hiba...
sedih..
terkilan..
kecewa..
perasaan yang hanya boleh diluahkan dihujung tinta sahaja
Dia mintakah utk lahir ke dunia dlm keadaan sebegitu rupa..?
Sanggupkah dia untuk menghadapi orde baru dunia yg begitu malap baginya..?
Sanggupkah dia untuk menghadapi segala cacian,makian,herdikan yg maha dasyat..?
Dia dianggap cukup hina dan jijik disebabkan kesilapan insan lain..
Dia dihukum hanya kerana kesilapan dan keterlanjuran pasangan yang telah menyambahkan benih itu..
Tidak sengaja mahu pun sengaja..
Dia terpaksa menelan daging-daging kotor,hanyir,busuk yg dimuntahkan,diludah,dibaling iaitu FITNAH..
Sanggupkah mereka Ya Allah..?
Sanggupkah mereka meneruskan pengembaraan mereka di bumi mu ini Ya Allah..?
Tiadakah ruang kebahagiaan buat mereka..?
Tiadakah cahaya kegembiraan untuk mereka..?
Tiadakah lubang-lubang sanjungan bagi mereka..?
Tiadakah lorong-lorong kemuliaan untuk mereka Ya Allah..
Aku percaya kau engkau sentiasa bersama mereka..
Kau berilah mereka kekuatan untuk kembali mengukir senyuman yg tidak pernah dikreatifkan..
Makhluk kecil itu juga makhluk tuhan..
-laurashahirah-
ahad | jam1630 | kab
No comments:
Post a Comment