Saturday, 20 September 2014

Tandus sudah idea

pensel masih lagi dipeluk erat,
minda masih lagi berputar menggali idea,
Namun..
tiada guna..

Aku keluar..
cuba untuk bercumbu dengan kehijauan alam,
bagi meresap segala kedinginan dan kehangatan..

juga..
tiada guna..

Tertekan..

konkrit itu umpama menyeru namaku,
hentakan di kepala sungguh kuat terasa,
cecair merah mula menunjukkan wajah,
mengalir dgn santun dari dahi,
perlahan lahan mengamati setiap inci wajahku,
dan terus laju ke leher,
mutiara jernih turut mengikut jejak yg sama tanpa sugan.
merah bergaul dengan jernih,
menahan sakit yg amat..

sesaat..

terasa sesuatu tersekat di ruang hidung,
tiada satu benda pun yg mampu untuk menerobos masuk,
mulut seolah-olah terkatup rapat,
tidak boleh dibuka luas
bagi menggarap zarah zarah udara..

langsung tidak mahu berkompromi..

tidak mampu bernafas,
hanya mampu menyuarakan kalimah suci
yg juga hanya dimainkan di dalam hati..

Akhirnya..

Pergi...
dibiarkan idea itu lenyap di telan udara

Seksanya..
seksanya nak dapat idea..!!!

-lauashera-
upsi | kab | jam1300 | sabtu

No comments:

Post a Comment