Thursday, 24 December 2015

S E B A B

Biarkan sakit dihiris belati hitam,
Disiat dilapah pandangan karam,
Jauh tenggelam lemas rasa dalam.

Walau gigil segala tulang terikat,
Putus urat akal berfikir sarat,
Terus bergelut dengan pertanyaan tiada larat.

'Sebab' tak pernah berani melompat tinggi,
Biar segala api keprasangkaan mati sekali,
Atau nanti kekekokan turut hadir kemari.

Sudah dianggap mampu merungkai pelangi,
Tetapi diputuskannya rantai seri terus berlari,
Jujur. sakit aku digari.

Sedih luka tidak dihirau,
Musykil kemana 'sebab' merantau,
Berani hadir bolehlah dihalau.

Adat hidup terdahulu sudah kembali hadir,
Bersedialah memulai langkah kalis,
Moga hati kental tidak terguris.

Jauh mungkin mampu pergi,
Pengubat hati perit tidak dicari,
Hangus terus tergari.

Khamis | 1933 | kab

Sunday, 1 November 2015

Lebih baik diam.

Benar.
Mulut manusia gigih macamana pun hendak ditutup,
tak kan boleh !

Kau lekat guna pelekat, kau yang penat.
Kau nasihat, kau yang kelak kelat.
Kau kasar, dikatanya kepala besar.

Lebih baik, diam.

Pusing-pusing, diam juga yang dipilih.
Tak ada penyelasaian yang dibentang.
Tak ada pelita mahupun api yang mahu terangkan.

Bertingkat-tingkat kalam ayat dihambur,
Berbakul-bakul bibir yang satu dicimuskan.
Namun,
Mulut itu juga yang bercakap.
Mulut itu juga yang terkuak bercerpen tengah malam.

Apa mulut itu sudah tidak pandai untuk dikunci
atau
Itu sifat abadi kau ?

Lebih baik diam.

Tidak bercerita,
tidak berkongsi.

Biar dikatakan pelik.
Biar dituduhnya sinis.
Biar tubuh dibelakangkan.

Lebih baik, diam.

Asal tidak aib tergadai.

* Kita tak kan nampak kesalahan diri sendiri kalau kita sibuk mencari kesalahan orang lain untuk mengaburi kesalahan kita

kab | 2230 | 1nov15

Thursday, 29 October 2015

Manusia sebegini lain !

Bila kau terperangkap dalam sosial dunia,
setiap kisah hidup kau hembus.

Mula dengan dua baris, bertambah jadi lima baris,
terus melarat jadi berbaris-baris.

Tak habis di dinding-dinding sosial,
kau pinjam pula tiap-tiap telinga manusia.

Senang betul kau percaya dengan manusia.

Mulanya mengisahkan masalah,
tapi semakin lanjut membawa kepada aibnya.

Salah kawan, tersebar aib.
Itu.
Kau tanggung.

Jangan sampai kau membesarkan seekor harimau.
Harimau yang berisikan kau.
Harimau yang asalnya gagah menjadi semakin kuat setelah disuap percuma.
Kadang-kadang boleh melapangkan,
tapi kadang-kadang boleh mencelakakan.

kab | 29okt15 | jam2003

Thursday, 30 July 2015

Aku mahu perhatian

Ada punca dlm setiap kelahi
Ada kunci dlm wanginya kejayaan
Ada hasrat dlm setiap perlakuan

Aku mahu dilawa
seperti mana kau lawa dia
Aku mahu dipuji
seperti mana dia dipuji
Aku mahu dimanja
seperti mana dia dimanja

Aku mahu apa yg kau lakukan pd dia

Aku tarik mata kau
aku mahu kau perhati
Walaupun kelihatan api marah zahirnya
tapi rasa lembut angin di baliknya

Aku suka..

Aku mahu apa yg kau lakukan pd dia

Muar | 1358 | 30Jul

Monday, 6 July 2015

Setahun

Setahun.
Ya, dah satu tahun.

Aku cari kalian dalam malapnya jalan,
tapi tak juga ku temu.

Setahun.
Aku judikan lagi nasib,
sehingga gigil tulang kaku,
kalau mengena, dapat yg lagi padu.

Ada..seorang..
lemah lembut dia ada kerasnya,
santun dia ada tegasnya,
cerah dia ada gelapnya,
gelak dia ada tangisnya,

Setahun
Aku curah lelah aku ke dia.
Aku hambur gembira aku ke dia.
Begitu sebaliknya.

Setahun di sini,
seorang.

Setahun di sana,
tiga orang.

bangga sama berjalan,
usung putihnya dunia,
harung kejinya manusia.

Terlalu susah menyamai watak kalian.
Mustahil.
Tapi, aku tak harap jumpa wataknya.
cukuplah aku jumpa nilainya.

Sesungguhnya benar,
KAWAN senang kita dakap,
tapi,
SAHABAT terlalu payah untuk kita genggam.

#AkuKarangSebabAkuRindu

Muar | 6jul15 | 1248

Saturday, 4 July 2015

#sisTakKuat

kepol-kepol awan berkejaran balik kebiruan
burung-burung seronok dalam kicauan bersama keberuntungan
kelihatan anak-anak kecil membulat mulai permainan

Tenang.
Tiada sarat apalagi pekat

Itu impian
bercumbuan dgn ketenangan abadi
entah berapa kali cubaannya
tiada juga hasil dibuahkan
Ibarat terkurung di tgh jaring besi
kelilingnya kecimus bibir manusia

Mahu lolos
Manakan bisa
Membusuk terus di dalamnya
Kadang mampu
Kadang tersungkur jua

abadinya tenang itu
bakal diperoleh
segala onak akan dihadap
itu yang diharap

Muar | 1218 | 4jul15

Sunday, 28 June 2015

. . .

aku tak kuat
aku lembik
aku gembeng
aku cengeng
aku pemalas
aku gila
aku sewel
aku busuk
aku tulang

pffttt...

aku rindu
S

ahad | 28jun15 | 2343

Saturday, 13 June 2015

'Kita jangan jadi ahli nujum dan jangan anggap orang lain ahli nujum'

Maaf laura .
Kau gagal

Thursday, 11 June 2015

KAU TAHU KAN !

kau tahu kan !
teruja aku kau faham
suka aku juga kau ngerti

lainnya fikir kolot
lainnya anggap pelik
tapi kau tahu kan !

perasaan meleraikan simpulan
ikatan disimpul ketat
dan berjayanya kau lepaskan

kau tahu kan !

yessss...!!!!

kab | 2247 | 11jun15

pusing ku dgn dunia

Dunia pusing
Aku pusing
Siapa benar
Siapa salah

Pusing

#NiatBaikSaudaraBuatSiapa
WS Rendra

kab | 1234 | 11jun2015

SAKIT SIMPAN TAK UBAH

kasar
minda diasak
lepaskan yang tersimpan elok
sudah dibilang jangan disorok
sekarang ,
sakit terperosok

aku lepas . .

buruk kau baik kau
kenapa tak jerit ke satu sarwa alam
tunjuk megah kemuliaan kau
jangan saja tinggi hidung depan pengecut
bukan kau juga pengecut kalau begitu ?

Dan kau .
Ya . kau

jangan sembunyi tonjol serupa tolol
tolong dibikin elok segala tutur kau
kau kata kau buat
baru kau kata orang buat

hidup dipeluk mewah
batang tubuh lalai
kesat segala kasad
minta ubah dan terus ubah

jangan sampai sakit menyimpan
sebab tak diubah


#kalau suka jgn terus suka, kalau benci jgn terus benci
Cc : Ku Syafiq

kab | 0343 | 11jun2015

Wednesday, 10 June 2015

Princess kerrr ?

Kau nampak org yang memilih makanan ni sbagai mengada2 .

 Allergic certain makanan ni sbagai 'princess sangat'.

 Tapi kau tak tahu mcamana seksa nya dia yang terpaksa tahan tekak tgok korang makan.

 Sbb ?

 Tak nak kena allergic .

 And sekarang, nak tanya . . .

 PRINCESS ke tu ?

 kab | 2208 | 10jun15

Monday, 8 June 2015

S A L A H

Salahkah aku ?

Tak sedar akan khilaf aku terhadap kau .

Aku manusia .
Manusia biasa .

Tak sedar akan salah yang aku lakukan dekat kau .
Mungkin sudah acap kali aku sakitkan kau .

Maaf . .

Tapi . .
Tadi . .

Aku tak tahu sama ada itu salah aku atau kau .
Bukan sengaja .
Tiada niat nak buat kau bengang, sakit hati atau menyampah .

Sekelip mata . . . Diam . . .

Lahirnya aku menjadi seorang yang seperti itu .
Sikap aku yang itu mungkin kau tak pernah sedar .
atau kau takkan pernah sedar .
Waimah kawan yang sudah bertahun berkawan dengan aku pun tak perasan sikap aku yang satu itu . 

Good listener ?
tahi kucing . .

Aku bukan seorang pendengar yang baik .
* (Mungkin bagi NINI je . Aku seorang pendengar yang baik . I take it as a compliment . Thank u dear )

Mungkin kita memerlukan masa yang lebih panjang untuk kau kenal aku dengan lebih dekat .
Begitu juga sebaliknya .

Maaf . .

Cuma sekarang aku tak tahu siapa salah .

Kau

atau

Aku ?

KAB | 2131 | 8JUN

Thursday, 26 March 2015

#rindu

Dan pabila aku patah di kala berjalan menuju ke puncak,
kalian menjelma.

Tak pernah sekali kalian hilang tika aku susah,kecewa dan sedih.

Seorang ketawa, yang lain turut ketawa.
Seorang sedih, yang lain juga bersedih.
Seorang jatuh, yang lain teguh membantu untuk bangun

Buat pertama kali aku berdiri dan dikelilingi pelbagai ragam manusia.

Ada yang elok.
Ada yang kurang elok.

Terlalu ramai.

Tapi aku terlihat kalian diantara beribu manusia.

Mulanya kukuh..erat..
Tetapi mulai longgar perlahan-lahan.

Sedikit demi sedikit.

Akhirnya terlerai.
Cuba untuk disambung kembali.

Boleh

Tetapi tidak sekuat dahulu.

Banyak cobaan dan dugaan yang telah kita tempuh bersama.
Jatuh bangun sentiasa bersama.

Thank u..For everything we've done together
TerimaKasih Sahabat

#AkuKarangSebabAkuRindu
upsi | kab | 0151 | 26mac

Saturday, 21 March 2015

pasca

sunyi

sendiri

didesak untuk terus bermuhasabah diri

sedar terlalu banyak khilaf yg dilakukan oleh diri ini

cuba untuk berubah tanpa menoleh ke belakang lagi

upsi | kab | 21mac15 |0328