Setelah sedar dari lena
Sujudku bersatu dengan bumimu
Ditenung kehijauan milik dia
Kicauan yang menggaru geli telinga
Kapas-kapas putih yang terapung tanpa tali
yang memang sejak dulu cinta hati.
Diiring sekali dengan gemersik Sixpence none the Richer
Diam beribu bahasa
Cuba menjinakkan hati yang cukup rawan
Yang begitu keras dan degil mendengar kata
Ku ingin kedamaian hati yang dahulu
Masih cuba mengejar mencari yang asal
Ingin membuang rupa sekarang yang cukup jelek.
Awalnya fikir sudah berhasil
Tetapi malang
Masih tak keruan
Jantung masih tak tentu arah
Hati masih melekat pada yang satu
Manakah perempuan yang petah bergurau itu
Matikah dia
Tinggi mana dia terbang
atau dalam mana dia menjunam menyembunyi diri
Tidak tahu jalan pulang
Come on!
Maghrib da ni.
Baliklah.
Atau sesat
Sesat dalam gelap mendung petang
dan hanyut dirampas badai ombak angan
Pulanglah kawan
Pulanglah sahabatku
Pulangkan silurus aku
Kerana aku cukup rindu!
1853 | 3oktober16
Sujudku bersatu dengan bumimu
Ditenung kehijauan milik dia
Kicauan yang menggaru geli telinga
Kapas-kapas putih yang terapung tanpa tali
yang memang sejak dulu cinta hati.
Diiring sekali dengan gemersik Sixpence none the Richer
Diam beribu bahasa
Cuba menjinakkan hati yang cukup rawan
Yang begitu keras dan degil mendengar kata
Ku ingin kedamaian hati yang dahulu
Masih cuba mengejar mencari yang asal
Ingin membuang rupa sekarang yang cukup jelek.
Awalnya fikir sudah berhasil
Tetapi malang
Masih tak keruan
Jantung masih tak tentu arah
Hati masih melekat pada yang satu
Manakah perempuan yang petah bergurau itu
Matikah dia
Tinggi mana dia terbang
atau dalam mana dia menjunam menyembunyi diri
Tidak tahu jalan pulang
Come on!
Maghrib da ni.
Baliklah.
Atau sesat
Sesat dalam gelap mendung petang
dan hanyut dirampas badai ombak angan
Pulanglah kawan
Pulanglah sahabatku
Pulangkan silurus aku
Kerana aku cukup rindu!
1853 | 3oktober16
No comments:
Post a Comment