Ada punca dlm setiap kelahi
Ada kunci dlm wanginya kejayaan
Ada hasrat dlm setiap perlakuan
Aku mahu dilawa
seperti mana kau lawa dia
Aku mahu dipuji
seperti mana dia dipuji
Aku mahu dimanja
seperti mana dia dimanja
Aku mahu apa yg kau lakukan pd dia
Aku tarik mata kau
aku mahu kau perhati
Walaupun kelihatan api marah zahirnya
tapi rasa lembut angin di baliknya
Aku suka..
Aku mahu apa yg kau lakukan pd dia
Muar | 1358 | 30Jul
Thursday, 30 July 2015
Monday, 6 July 2015
Setahun
Setahun.
Ya, dah satu tahun.
Aku cari kalian dalam malapnya jalan,
tapi tak juga ku temu.
Setahun.
Aku judikan lagi nasib,
sehingga gigil tulang kaku,
kalau mengena, dapat yg lagi padu.
Ada..seorang..
lemah lembut dia ada kerasnya,
santun dia ada tegasnya,
cerah dia ada gelapnya,
gelak dia ada tangisnya,
Setahun
Aku curah lelah aku ke dia.
Aku hambur gembira aku ke dia.
Begitu sebaliknya.
Setahun di sini,
seorang.
Setahun di sana,
tiga orang.
bangga sama berjalan,
usung putihnya dunia,
harung kejinya manusia.
Terlalu susah menyamai watak kalian.
Mustahil.
Tapi, aku tak harap jumpa wataknya.
cukuplah aku jumpa nilainya.
Sesungguhnya benar,
KAWAN senang kita dakap,
tapi,
SAHABAT terlalu payah untuk kita genggam.
#AkuKarangSebabAkuRindu
Muar | 6jul15 | 1248
Ya, dah satu tahun.
Aku cari kalian dalam malapnya jalan,
tapi tak juga ku temu.
Setahun.
Aku judikan lagi nasib,
sehingga gigil tulang kaku,
kalau mengena, dapat yg lagi padu.
Ada..seorang..
lemah lembut dia ada kerasnya,
santun dia ada tegasnya,
cerah dia ada gelapnya,
gelak dia ada tangisnya,
Setahun
Aku curah lelah aku ke dia.
Aku hambur gembira aku ke dia.
Begitu sebaliknya.
Setahun di sini,
seorang.
Setahun di sana,
tiga orang.
bangga sama berjalan,
usung putihnya dunia,
harung kejinya manusia.
Terlalu susah menyamai watak kalian.
Mustahil.
Tapi, aku tak harap jumpa wataknya.
cukuplah aku jumpa nilainya.
Sesungguhnya benar,
KAWAN senang kita dakap,
tapi,
SAHABAT terlalu payah untuk kita genggam.
#AkuKarangSebabAkuRindu
Muar | 6jul15 | 1248
Saturday, 4 July 2015
#sisTakKuat
kepol-kepol awan berkejaran balik kebiruan
burung-burung seronok dalam kicauan bersama keberuntungan
kelihatan anak-anak kecil membulat mulai permainan
Tenang.
Tiada sarat apalagi pekat
Itu impian
bercumbuan dgn ketenangan abadi
entah berapa kali cubaannya
tiada juga hasil dibuahkan
Ibarat terkurung di tgh jaring besi
kelilingnya kecimus bibir manusia
Mahu lolos
Manakan bisa
Membusuk terus di dalamnya
Kadang mampu
Kadang tersungkur jua
abadinya tenang itu
bakal diperoleh
segala onak akan dihadap
itu yang diharap
Muar | 1218 | 4jul15
burung-burung seronok dalam kicauan bersama keberuntungan
kelihatan anak-anak kecil membulat mulai permainan
Tenang.
Tiada sarat apalagi pekat
Itu impian
bercumbuan dgn ketenangan abadi
entah berapa kali cubaannya
tiada juga hasil dibuahkan
Ibarat terkurung di tgh jaring besi
kelilingnya kecimus bibir manusia
Mahu lolos
Manakan bisa
Membusuk terus di dalamnya
Kadang mampu
Kadang tersungkur jua
abadinya tenang itu
bakal diperoleh
segala onak akan dihadap
itu yang diharap
Muar | 1218 | 4jul15
Subscribe to:
Posts (Atom)