Thursday, 2 November 2017

AA

Memori terlalu indah untuk aku lakar atas kanvas
Satu-satu perilakumu juga sukar untuk aku hambur lewat puisi
Biar hitamputih kau, aku semat elok

Semestinya, 
'Kita' tidak akan luput

Banyak yg sedang bersarang
Tapi, sukar untuk aku luah sekarang.

Pastinya, 
Bukan kerja aku untuk simpan tetapkan semua
Itu aku serah pada Dia

Kerna dia pegang kunci daging kecil kita.

1337 | 2nov17 | Muar

*Doa yang baik-baik untuk kalian.

Tuesday, 24 October 2017

Si istimewa di kamar tidur

Lenalah wahai kasihku
Jangan biar serabut tumbuh gagah

Amanlah!
Tidurlah!
Rehatlah!

Kerana disini ada kami tiada lelah.

#hairierazak

1418 | 24okt17

R O D A

Bila arah kau tolak
Bila turut kau pijak
Serabut hadap karut sampah
Kalau dibiar membusuk nanah

Kau tunggu 
Belum tiba masa nanti
Kau ditolak
Kau dipujuk
Nanti,
Kau jelas kau sampah 

1416 | 11julai17

angan sampah

Setiap awan anganku ada kau
Tapi bukan lagi tari
Tapi cukup hanya taji.

1102 | 24okt17

Wednesday, 4 October 2017

Yang masih berhati-hati kenal manusia!

Salam.

Hampir setahun tak buka and tak update blog ni. Sekarang ni busy Latihan Mengajar (LM) dekat sekolah. Sekolah yang bertuah untuk mendapat seorang cikgu comel seperti sy ialah Smk. Telok Mas, Melaka. (*masuk bakul angkat sendiri). Best! At first, memang stress macam apa. Da rasa mcm takda life dah hidup dekat sekolah ni. Tapi, day by day semua jadi makin okay dan makin selesa.

Tapi, biasalah. Dunia. Tak boleh nak rasa selesa sikit. Mesti ada yang tak kena. Duniakan. Itu semua normal dan tak mustahil. Macam-macam kalau nak dikisahkan. Faham-faham sendirilah bila berada dalam kalangan mereka-mereka yang tinggi darjat, tinggi pangkat, tinggi pengalaman dan tinggi hidung. 

Tak semua! Ada ramai yang selalu dengan kami. Walaupun baru je kenal, tapi macam da member-member lama. Especially Abg Azri. Senior upsi. Baik, kacak, gagah, perkasa tapi mulut longkang sikit. Nanti da habis LM, mesti dia yang paling ingat. Sebab hari-hari nak kena bahan dia. Benda wajib. 

Malas nak sembang banyak. Ada kelas pukul 10 ni. 

And YES! Laura Shahirah is back. Takda dah Laura yang gembeng sibuk layan sejuk pagi dengan kepala sarat hal bodoh macam hal 'mereka' . Mereka boleh ' go die! ' . 

Bye!

Bilik guru | 0958 | 4Oktober2017